Saturday, July 11, 2009
setulus janji karya aina emir-alaf 21
novel ini mengetengahkan cerita percintaan diantara adik beradik angkat serta konflik dalaman sebuah keluarga.cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama insyirah yang udibela oleh keluarga angkat sejak kecil lagi selepas kematian ibunya.Disinilah timbulnya konflik apabila insyirah tidak menyedari bahawa dia telah jatuh cinta dengan abang angkatnya yang bernama ilham(seorang doktor pakar tulang). pada masa yang sama dia telah memjalinkanhubungan cinta dengan seorang lagi abang angkatnya iaitu aiman.Dalam novel ini aiman digambarkan sebagai seorang yang baik hati tetapi susah untuk setia pada yang satu dan menjalinkan hubungan dengan wanita yang lain walaupun dia masih mempunyai hubungan dengan insyirah.manakala ilham pula digambarkan sebagai seorang yang serius,tidak mempunyai perasaan dan digelar tunggul kayu dikalangan ahli keluarganya. namun begitu, ilham telah mengambil langkah berani dengan melamar insyirah terlebih dahiulu.insyirah pula yang telah lama memendam perasaan terhadap ilham terus saja bersetuju menerima lamaran ilham.seterusnya berlakulah konflik dalam keluarga tersebut....untuk mendapatkan cerita yang selanjutnya cubalah anda membaca novel ini.......wassalam
Thursday, July 9, 2009
ALAF 21-CINTA MEKAR DIHATI KARYA ROSSE HARISSA
cerita cinta yang amat menarik untuk dibaca sebagai pengajaran..... cerita ini mengisahkan percintaan antara 2 darjat.watak utama merupakan seorang lelaki yang bernama tengku ady rafizal.manakala watak perempuannya pula merupakan seorang anak yatim piatu yang membesar dirumah anak yatim dan bernama nur fasha abdullah.pada permulaan cerita ady rafizal digambarkan sebagai seorang yang panas baran tetapi paranoid terhadap wanita. namun begitu, apabila dia bertemu dengan fasha,pandangannya terhadap wanita berubah sama sekali. dalam novel ini juga ada diselitkan dengan watak antagonis yang sanggup menggunakan ilmu sihir keatas orang lain bagi memiliki cinta.banyak pengajaran yang dapat diperolehi dari novel ini. plot yang disusun dengan baik menjadikan cerita ini lmenjadi lebih menarik.oleh itu saya mengsyorkan peminat-peminat novel untuk menbaca novel ini.... SELAMAT MEMBACA
Subscribe to:
Comments (Atom)